Welcome Here :)



Salam Pertemuan dari saya kepada kalian yang mengikuti blog saya..semoga anda bergembira dengan kandungan blog ini :)

Hi there..welcome to my blog and hopefully you will enjoy my blog ;)

Friday, December 31, 2010

SELAMAT TAHUN BARU 2011

Salam Tahun Baru buat followers saya ;)

31 Disember 2010

Diam tak diam dah penghujung tahun 2010..tak sangka cepat je masa berlalu sekarang..aku rasa macam baru je dalam tahun 2010..tapi tahun baru yang akan datang tak semeriah tahun baru sebelum-sebelum nie..kalau tak sebelum nie mesti macam tertunggu-tunggu la tahun baru..

Dalam tahun nie ape je pencapaian yang aku ada??hmm..aku banyak tukar keje..hahaha..

Februari 2010: Aku masih di Nazam Emas Enterprise sampai 26 Februari 2010..pas tue aku menganggur sampai bulan April 2010..

April 2010: Aku keje kat UiTM Kampus Bandar Melaka..jadi Pembantu Pengawas..sampai 4 Mei 2010..sebab keje nie kontrak je..haha..

Pas tu aku menganggur lagi sampai hujung  bulan Julai 2010..

Julai 2010: Aku keje kat Cafe 07 kat Kolej Profesional Mara Ayer Molek..jadi Pembantu Cafeteria..pengalaman kat sini sangat seronok..belajar buat waffle, ice blend ngan ice cream..sangat teruja la kat sini..haha..dapat cuci-cuci mata lagi..aku keje kat sini sampi bulan September 2010..

September 2010: Aku keje kat WWS Engineering Sdn. Bhd...aku memang tak suka keje kat sini..aku rasa nak berhenti dari awal aku masuk keje kat sini..pelik kan perasaan aku nie..pas tu diam tak diam aku bole pulak tahan sampai sekarang..huhu..

1 Januari 2011

Aku berdoa semoga tahun baru ini akan membawa seribu makna pada aku..tahun baru, azam baru, semangat baru dan juga keje baru..doa-doakan la aku berjaya mengharungi cabaran untuk tahun baru nie..

SELAMAT TAHUN BARU SEMUA!!~


Tiada Lagi..kerana tiada lagi apa-apa yang aku harapkan tahun 2010..


Aku tak biasa..jika tida kamu ;)

No comments:

Post a Comment