Welcome Here :)



Salam Pertemuan dari saya kepada kalian yang mengikuti blog saya..semoga anda bergembira dengan kandungan blog ini :)

Hi there..welcome to my blog and hopefully you will enjoy my blog ;)

Sunday, December 30, 2012

luahan hati??

mungkin orang tak paham..mungkin jugak orang tak alami ape yang aku rasa..aku paham..aku bukan bernasib macam mereka..tapi ape aku nak buat??nak salahkan orang yang suruh aku amek kos yang aku tak nak ke??tu mungkin la tidak..tapi aku tak suka la aku nie dipandang hina..ingat aku nie suka ke hidup macam nie??

ntahla..ape yang aku rasa mungkin orang takkan paham..mungkin orang terus menyalahkan aku..takpe..aku redha dgn ketentuan yang dah ditakdirkan untuk aku..aku tetap akan mengharungi ape jua keadaan..in sha ALLAH..harap aku tabah :)

sekian, luahan hati aku..

Thursday, December 6, 2012

JANJI

susah sangat ke nak tepati janji??aku menyampah betul la kalau orang tak tau nak tepati janji..sakit hati tau tak??dah la tak tepati janji..berbohong pulak tu..

otak aku dah la sakit..bertambah sakit dengan orang yang macam nie punya perangai..susah!!~

kadang-kadang aku rasa tak jumpe orang macam nie pun takpe..wat sakit hati aku je watpe??

BLAH LA OIIII!!~

Sunday, September 23, 2012

untuk DIA :)



[Sleeq]


Kuatkan radio, kuatkan radio anda

Kuatkan radio, kuatkan radio

Aku yang patut, yang patut

Memberinya segala

Kerna aku mampu

Ya aku mampu
Melakukan apa-apa saja




Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)

Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)

Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)




Dia penuh gaya, semuapun nak bayar

Memang selalu belanja

Mungkin anak orang kaya

Kadang kala pabila

Dia ke Singapura

Tak duduk rumah saudara
Dia inginkan Shangrila




Bertemu di Facebook

Beberapa hari kemudian

Mungkin gua comel kot

Ajak ku jumpanya di KL, Ooh KL

Oh lupa bilang gadis ni KL

Tak cakap kosong dia memang begini
Akhirnya dapat tahu dia punyai lelaki
Lelakinya pula kan bawa Mercedez
Apa saja dia minta dia memberi tetapi




Aku yang patut, yang patut

Memberinya segala

Kerna aku mampu, ya aku mampu

Melakukan apa-apa saja




Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)

Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)

Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)




[Najwa Latif]

Engkau Punya Gaya

Walaupun tak kaya

Bukan paras rupa yang aku pandang sahaja

Mungkin kau lihat ku

Ku banyak berbelanja
Tapi sebenarnya ku biasa-biasa saja




Bertemu di MukaBuku

Ku jatuh hati padamu

Bukan tak nak mengaku

Tapi hati rasa malu




Senyum mu menawan menawan

Kau buat hatiku tertawan

Ada sesuatu yang kau perlu tahu

Tentang diri aku dengan lelaki itu

Meski dia bisa beriku apa sahaja

Tapi itu semua tidak boleh beri bahagia (bahagia)
Itu bukan segalanya




[Sleeq]

Aku yang patut, yang patut

Memberinya segala

Kerna aku mampu

Ya aku mampu

Melakukan apa-apa saja



Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)

Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)

Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)




[Najwa Latif]

Jadi engkau yang patut, yang patut

Memberiku segala

Kerna engkau mampu, ya engkau mampu

Melakukan apa-apa saja




Untuk aku (okay)

Untuk aku

Untuk aku

Untuk aku (untuk kamu)

Untuk aku

Untuk aku
Untuk aku
Untuk aku

Tuesday, August 14, 2012

3 bulan 2 hari

baru pas tengok daily path aku kat tepi blog nie..
dah 3 BULAN 2 HARI aku diijabkabulkan..
tak sangka cepat betul masa berlalu..
mesti ramai yang tertanya-tanya tentang anak kan??
selama 3 bulan nie belum ada rezeki lagi..

insya-ALLAH..
doakan jela rezeki kami bulan RAMADHAN nie..

apa aku rasa dalam masa 3 bulan nie??
macam-macam perasaan ada..
pahit manis..suka duka..ketawa menangis..
macam-macam episod aku dah lalui..

tapi bunyi macam seronok kan hidup bersama??
memang la seronok..tak payah nak cakap..
cuma kalau dalam rumahtangga nie bohong la kalau sentiasa gembira..
bak kata P. Ramlee pun "SEDANGKAN LIDAH  LAGI TERGIGIT, INI PULA SUAMI ISTERI"
yang penting kena la tolak ansur..tolenransi..
faham memahami..jangan ada rahsia..
tolong menolong..bekerjasama..
baru la rasa bahagia :)

pesanan aku pada yang membaca:
doakanlah kebahagiaan aku seumur hidup aku..



"SELAMAT HARI RAYA"
"maaf zahir dan batin"



Sunday, May 6, 2012

last entri??

dah lama rasanya aku tak mengupdate blog aku nie..
mungkinkah entri nie akan jadi entri yang terakhir??
ENTAH
sebab aku perasan yang aku jarang bukak blog dah sekarang..

ape yang terbaru untuk diupdate ye??
aku pun kurang pasti..huhu
yang PASTI..
tinggal berapa hari je aku akan di ijabkabulkan dengan lelaki pilihan aku..
doakan segalanya berjalan dengan lancar dan kehidupan kami berkekalan ke akhir hayat..

aku pun tak tau apa perasaan aku sekarang..
apa-apa pun doakan je untuk aku ye..

CHOW!!~

Tuesday, May 1, 2012

7 hari mencari cinta

tajuk entri yang tak berapa nak betul :)
aku ada lagi 10 hari sebelum majlis pernikahan aku..
gembira..seronok..takut..risau..sedih..serabut..tertekan..
semua perasaan bersama..

kenapa aku selalu bertelagah dengan dia sekarang?
kenapa takde persefahaman antara aku dengan dia?
kenapa pantang berjumpa mesti nak bertekak?
kenapa sekarang aku selalu rasa aku bukan yang terbaik untuk dia?
entahla..semakin hari semakin tertekan aku rasa..
semakin tak bersemangat..

ok la, chow!!~


Friday, April 13, 2012

simpati

apa pendapat korang kawen usia muda?
means berkahwin pada usia selepas 17 tahun..

pada pendapat aku:
mungkin banyak pancaroba yang akan berlaku dalam rumahtangga..
tapi masing-masing kena faham..
masing-masing kena tolak ansur..
masing-masing kena bagi kerjasama..
kena being supportive la dengan pasangan masing-masing..

kalau ada masalah berbincang baik-baik..
kalau ada pertelingkahan duduk berbincang elok-elok..

aku cakap macam aku pernah alami kann??
tak pernah la..
tapi aku harap tak akan berlaku la situasi macam nie pada aku nanti..
insya-ALLAH

pada orang yang mengalami situasi macam nie..
aku harap dia mampu tabah mengharungi situasi ini..

biasa kalau kita nak berubah memang susah..
macam-macam dugaan yang akan datang pada kita..
semoga perubahan awak akan dilihat pada mata kasar dia :)

jangan cepat putus asa..
TUHAN masih bersama awak..
mungkin bukan ini yang awak pinta..
TUHAN takkan uji keupayaan seseorang luar kemampuan dia..

semua itu pengalaman..
pengalaman mengajar kita erti dewasa..

Thursday, April 12, 2012

lupa title :)

12 April 2012 - 12 Mei 2012

aku pun dah buntu tak tau apa yang patut buat..apa yang patut beli..apa yang patut ada..
hadoii..pening kepala..

sekarang aku ikut je flow yang mak aku rancang..
tadi dah tolong kemas dapur sikit-sikit..
esok plan nak kemas bilik pulak..
nie mata dah ngantuk plak..
selsema la pulak..

aduhaiiiii!!~
lemah aku macam nie :(

doakan kesihatan aku baik sampai majlis aku nanti

buat seseorang yang masih disini..
aku mintak maaf melukakan hati kau..
bukan niat aku..
mungkin kita tak bertemu disini tapi mungkin disana..
insya-ALLAH :)

Wednesday, April 4, 2012

gulppp!!~

mak cakap: SEBULAN lagi..

otak aku??mesti la berfikir sebulan ada 30 hari..

mak cakap: JANGAN LENGAH-LENGAH..

aku??mula serabut..tekanan :(

aduhaii..sebulan lagi??gulppp!!~ what should i do? <<screaming>>

insya-ALLAH..harap semuanya berjalan dengan lancar..
hati aku??entahla..dup dap dup dap jugak..
tapi aku macam takde ape je yang berlaku..

Friday, March 30, 2012

malam yang sepi

aku pun tak tau kenapa malam nie (30/03/2012) cepat sangat mata aku mengantuk..

selalunya aku kalau keje malam susah sangat aku nak tido dalam kul 3 - 4 pagi nie..selalunya dah pukul 4 -5 pagi baru aku nak terlelap..

nak dijadikan cerita ada budak cina jatuh dari balcony tingkat 1..

apa la nasib aku jaga malam..

Wednesday, March 21, 2012

entri tanpa suara

haha..
entri gila..
mana ada suara :)

sengal..
tolong la bagi aku keje..
bosan dowhh!!~

chow!!~

p/s: panas hati pulak aku..ingat aku heran ke nak dengar ape korang cakap??ada aku K??pegi M la :)

Monday, March 19, 2012

100

penulisan aku yang ke-100..

tahniah!!~

kepuasan ke meluahkan perasaan kat blog nie??
kalau tak puas pun takpe..
janji ape yang terbuku terluah :)

walaupun kadangkala
kepuasan tak memenuhi segalanya
redha terima segalanya

doakan aku tabah dan kuat
seperti masa lampau :)

Friday, March 16, 2012

13 MARCH 2012


setiap yang hidup pasti akan merasai mati..

aku dah takde atuk lagi..
sedih..

aku ngaku aku memang tak pernah nak jaga dia..
tapi kepergian dia amat aku terasa..

pada tarikh ini aku dah takde atuk lagi..
dia pergi tanpa menyusahkan sesiapa pun..
dalam tidur dia meninggalkan keluarga kami..

AL-FATIHAH..

Sunday, March 11, 2012

entri ke-98

kepala sakit
tak tertanggung rasanya
tapi kenapa pengorbanan aku tak dihargai??
sedihh!!~

takpe la..
hidup tanpa aku mungkin lagi bahagia
aku cuba untuk menjauh
kalau itu yang engkau mahukan..

aku bukan tak mahu memahami
tapi perasaan aku bagaimana??
kenapa aku tak dihargai??
kenapa aku diabaikan??

tak cukup ke segala pengorbanan aku untuk kau??
biarla..

biarkan terus hati ini terluka
terima kasih..
sekiann~

note: rasa nak nangis..nasib aku duk kat kaunter :(

Saturday, March 10, 2012

empty

" aku keliru menjadi buntu
arah yang mana harus ku tuju"

tekanan perasaan sama dengan luahan hati
luahan hati sama dengan tekanan perasaan

semakin hari semakin terganggu


layan je la :p

saling hormat menghormati

salam sabtu sekalian :)

sengal je..
entri aku kali nie sebab aku bengang sangat dengan management tempat aku keje..
sabar je la syamila..

mana bole sabar..
selama nie aku sabar je..
aku tau jawatan aku umpama kaki korang je..
tapi korang kena ingat..
tanpa kaki bole ke korang jalan..

tapi kena la ingat..
tak selalunya kita sentiasa diatas..
jangan suka mendongak ke langit..

aku sedar tahap aku ngan korang tak sama..
tapi kalau korang nak kitaorang hormat korang..
tolong la hormat orang lain..
jangan suka tunding jari je atas kesalahan orang..

orang selalu bagi pantun kann??

buah cempedak diluar pagar
ambil galah tolong tunjukkan
kami budak baru belajar
kalau salah tolong tunjukkan..

bukan tunjuk jari bangang!!~
tunjuk ajar bongok!!~

sekian~

Tuesday, March 6, 2012

hmm..

permulaan hari yang sangat menyakitkan hati..
kalau nak cerita pasal gaduh..
dah tak heran..
selalu gaduh..

tapi ini pasal keje..
ntahla..
macam dah takde hati kat sini..
sebab??
si bangang tue buat orang macam orang nie takde perasaan..
apekahh??

wei derr!!~
agak-agakla..
orang lain ada maruah kott..
kau jangan ingat maruah orang nie bole dipijak-pijak..
meh aku pijak maruah kau dulu..
bodoh takde otak agaknya..
meh aku ketuk ngan lesung baru nmpk kot otak kau..

memang kat dunia nie pangkat kau tinggi der..
tapi ingat..
kita nie manusia je kot..
ada masa kita kat atas..
tapi jangan la terlalu mendongak ke langit..
sebab langit tue tak selalu cerah..
kadang-kadang menangis jugak..
itu baru kat dunia..
esok mati kau tak pakai ler kain kapan emas..
takde la swift kau ikut masuk dalam kubur..
harap maklum..

menyampah doll aku ngan kau..
ape ntah masalah kau agaknya??
tak cukup ke bini dah dua??
agak-agak la..

hai..
dugaan lagi..
ini la keje ngan orang melayu..
abes kau orang ape??
negro??
bodoh!!~
cakap tak pakai otak..
otak letak lagi kat lutut..

cukup!!~ chow..

Monday, March 5, 2012

kek

tengok kek kat blog orang-orang expert nie rasa terliur la pulak nak makan kek..
tapi masalah aku satu la..
aku bukan suka makan kek sangat pun..
sikit-sikit boleh la..
cuma nak merasa je :)

tengok kek sebab nak cari kek untuk perkahwinan..
bila fikir-fikir semula..
sekarang dah bulan MARCH..
until MAY??

haduhhh!!~ lg sebulan lebih..
menghitung hari??
takla..
cume serabut je fikir..
sabar je la syamila :)

Saturday, March 3, 2012

rindu :(

entah mengapa..
saat ini merindui dirinya..
jauh..
semakin jauh..
tolong la gile..
aku rindu kau beb!!~
SERIUSSSS :(


jom sama-sama layan citer nie nakk??
huhu..
sudikah dirimu??

Thursday, March 1, 2012

menyampahhh!!~

aku paling tak suka orang yang mungkir janji

kalau tak mampu nak tunaikan janji
jangan berjanji..

SAKIT KEPALA!!~ tekanan perasaaannnnn!!~

Tuesday, February 28, 2012

210

aku rasa penghuni bilik 210 nie takde kerja kott..
apesal aku cakap macam nie??

yela..asal abes keje je masuk bilik mesti tepon desk..
mintak itu la mintak ini la..
bukan masalah tak bole anta ke tak bole bagi..

tapi..
haiyooohhh!!~
 dia nie staff hotel la..
pastu mintak katil la..
mintak mee la..
mabuk kepayang ke ape kena duk hotel seminggu??
haha

actually dia nie sengal..
mintak yang bukan-bukan..
duduk sorang-sorang macam duk 3-4 orang..
mintak katil lebih la..
LEBEYYY!!~

haha :D

azura 2012


percayakah anda??
mari la bersama-sama menonton :)
semoga terhibur...

satu lagi cerita yang aku nak tengok tapi tak kesampaian :p


best ke??
ntah..haha

Monday, February 27, 2012

syuga terletak dibawah tapak kaki....


jom layan citer nie..
baru nak tengok..tak tau sedap ke tak :)

perasaan tak menentu

sukar untuk aku luahkan perasaan aku ketika ini..saat ini..
serabut..sakit kepala..

aku tak mahu mengharap lagi..
jika benar dia yang terbaik untuk aku..
permudahkan la segalanya..

Sunday, February 26, 2012

loading.....


rasa macam cerita nie kelakar..
tapi sekat-sekat pulak..
tension je tunggu loading..
kalau rajin layan la ekk :)


kalau rajin layan nie jgk :)

ingat nak tengok cerita nie..TAPIIIIII


seram tak agak-agak korang??
haha..

ijam non yankee


jom layan sama-sama..

ada ke pagi-pagi buta yang nak layan dengan kau syamila??
haha

p/s: bongoks ok citer nie..sengal la..rasa nak ketawa pepagi buta nie :D

bila larut malam..

haha..tajuk je ntah apa-apa ntah..
kenapa bila larut malam??
sebab bila larut malam..
aku mesti layan movie kat youtube :)

sebab keje malam jarang orang nak check-in kann??
jadi ini la keje aku malam-malam..
nie baru abes tengok cerita
JUJUR AKU DAYUS..

best cerita nie..
tapi slow la..
sebab nak tau kenapa dia benci isteri dia sangat..
nak tuggu loading lagi..
haduiii!!~

haha..
nie nak layan lagi satu movie plak :)

IJAM NON YANKEE
best ke??
ntahla..
tengok dulu baru tau :)

cerita yang aku ketinggalan :)


meh pakat ramai-ramai layan ini cerita 
semoga terhibur :)

Friday, February 24, 2012

tertekan!!~

SANGAT TERTEKAN!!~

kenapa..
mengapa..
bagaimana..
bila..

aduhaiii!!~
pening..
serabut..

huh!!~
perlukan ketenangan :(

semakin berdebar bila semakin menghampiri..
semakin aku rasa tidak mahu ia menghampiri..

SELAMAT JALAN :)

Thursday, February 23, 2012

tahniahhh!!~

first of all
aku nak ucapkan tahniah kat kawan aku yang bakal menukar status dari cik ke puan pada hari ini..

TAHNIAH BUAT:

nurafidah binti tamami
dan pasangannya
mohd suhaime bin sujojo

selamat pengantin baru dan semoga berbahagia ke akhir hayat..

note untuk kawan aku:
dah jadi isteri orang..
kena tolak ansur..
saling faham memahami..
berat sama dipikul..
ringan sama dijinjing..

jaga hubungan suami isteri sebaik-baiknya..
semoga perkahwinan kalian sampai ke syuga :)

lepas nie dah tak bole nak meronggeng sama-sama kann??
<< sekarang pun susah..hehe >>


sekarang rajin la pulak aku mengupdate blog kann??
mesti ada yang tertanya-tanya kan kenapa??
sebab duduk kat kaunter nie sangatla bosan..
nak tunggu guest ntah bila nak datang..
jadi nie la keje aku sepanjang duk kat kaunter..
mengadap komputer..
kalau tak FACEBOOK..
update BLOG..

rajin la plak kau syamila..
haha

aku jawab:
abes ape nak wat lg..buntu duk tgk komputer je..
nak main game pun sampai sakit kepala
benda-benda nie je la yang menghiburkan aku..
haha


SHORT WIRE OTAK AKU NIE :)

Wednesday, February 22, 2012

apa nak buat??

sebelum apa-apa
aku nak ucapkan
SYUKUR..

sebab??
dah cabut gigi tentu la tak boleh banyak bunyi kann?? << jahatkan aku?? >>


sambil update blog..aku dengar lagu nie tadi :)

persiapan

bosan..
bosan..bosan..
bosan..bosan..bosan..

kalau ditanya aku tentang persiapan
jawapan aku: TAKDE!!~

nampak macam tak excited kann??
jawapan aku: EXCITED!!~ tapii....

kenapa macam tu pulak??
jawapan aku: DUIT ADA..tapi :(

sedih derr!!~
banyak perbelanjaan nak guna
TAPI

itulah masalahnya
kepala pun semakin serabut

pening..
pening..pening..
pening..pening..pening..

lagi berapa hari
counting the days

fikiran melayang
hati terkenang

SEMANGATLAH SYAMILA!!~

Tuesday, February 21, 2012

ape kess??

diam tak bererti setuju
diam tanda marah
diam maksud tak mahu bersuara

sebelum benda yang tak sangka terjadi
lebih baik diam

apa yang aku merepek nie??
otak tak tau apa nak wat kat kaunter
itu la jadi camnie

tengah duduk-duduk tanpa arah tuju nie
tiba-tiba aku terfikir tentang majlis aku yang entah berapa lama lagi nak tiba
langkah seterusnya aku kena ambil

satu: tempah baju nikah
dua: kad kawen dah design..tinggal anta kat orang nak wat je
tiga: andaman..esok aku ada date ngan orang andaman
empat: apa lagi ekk??
barang hantaran bila nak beli??
semangat sikit syamilahh!!~

insya-ALLAH segalanya akan beransur seperti biasa

yang penting
SENYUM :)


Monday, February 20, 2012

sesuatu yang tertinggal

entah..
kosong..
satu..
dua..

fikiran semakin berkecamuk..
serabut..
tertekan..
buntu..

selamat tinggal..

senyuman bertukar kemurungan..

tabahlah duhai hati..
semoga kita dapat menempuh hari akan datang dengan semangat baru..
:)

Sunday, February 19, 2012

malam

malam ini sendiri lagi..
bila sendiri terkenangkan si dia..
entah kenapa..
rindu pun menjelma..
adakah kasih tidak pernah padam??
adakah sayang tak pernah hilang??

wahai hati..
kenapa begitu sukar untuk memahami isi mu??
mengapa kau boleh menyimpan segala perasaan??

"tetiba pulak aku jadi jiwang pepagi buta nie kann??ape kess??"

apa kaitan tajuk entri aku kali nie kann??
*sebenarnya masa aku tulis entri nie bukan malam pun..dah pagi dah :p

masa aku taip entri nie..hati aku sangat berkobar-kobar..mungkin korang tertanya-tanya sebab ape kann??
* aku rasa biarlah aku sorang je yang tau..

mood: SENYUM SAMPAI KE TELINGA :)

sahabat :)


untuk seseorang yang aku rasa istimewa dalam hidup aku..ye sangat istimewa :)

dia yang sentiasa ada untuk aku..
TERIMA KASIH SAHABAT!!~

Saturday, February 18, 2012

lelaki :)

" memang tak ada lelaki seperti aku
tapi yang lebih hebat banyakk"

mesti korang tertanya-tanya dan pelik kan ape maksud entri aku kali nie?? << takde maksud apa-apa pun sebenarnya >>

aku pun pening kalau cerita pasal LELAKI nie..
susah nak paham orang lelaki nie..apa yang dia nak..apa yang dia mintak..yang penting mesti kena dapat atau ada << sabar je la jawabnya >>

kat opis aku nie lelaki lebih banyak dari perempuan..yang tak tahan perangai sorang-sorang..kadang-kadang sampai pening kepala nak ikut cakap diaorang dengan perangai masing-masing << maklum la manusia nie kan macam-macam perangai >>

ntahla..serabut kalau pikir pasal LELAKI nie..tapi apakan daya..kena pikir jugak sebab esok lusa kawen tetap dengan lelaki jugak << aduhaiiii!!~ redha je la :) >>

SENYUM TAK PERLU KATA APA-APA :)

Telemovie Runtuhnya Sebuah Dosa - Sempena Maulidur Rasul 1433 Hijrah


Monday, February 6, 2012

kadang kala

sebenarnya aku pun tak tau ape yang aku nak update kat blog aku kali nie..sengal je kann aku??

yang pasti aku tengah agak serabut dengan kehidupan aku sekarang..rasa nak lari dari keadaan yang membuatkan aku rasa "NTAH".. << LOST IN MY OWN LIFE >>

STRESS!!~ <<---- memang sangattttt!!~

aku rasa aku tak mampu nak teruskan hidup macam nie..mungkin sebab aku tak hargai ape orang dah lakukan untuk aku..balasan dia ini la ----> takde orang pun hargai kauuu!!~ << padan muka okk >>

ntahla..aku tak mampu nak fikir ape-ape..cuma aku rasa aku nak LARI..tak nak teruskan kehidupan aku sekarang..kalau la kehidupan aku nie macam telefilem kat TV kann senang..dalam masa 2 jam dah abes tau dah ending cerita..aduhaiiii!!~

sabar je la syamila :)

NTAHLA..itu je la ayat aku sekarang..

note: serabut sebab dah tinggal berapa hari je lagi tapi satu preparation pun takde :(
serabut sebab tak tau nak mintak pendapat sape..nak mintak tolong sape..
serabut sebab aku takde ape-ape nak wat segala persiapan :(
serabut sebab banyak utang tak mampu bayar lagi :(
SERABUTTTT!!~

<< hanya aku sorang je tau kot apa masalah aku >>

Monday, January 23, 2012

Tahun 2012

Dah lama rasanya tak mengupdate blog nie..dah bersawang dah pun..

Banyak benda yang nak diupdatekan dalam blog nie rasanya..sebab last sekali aku post bulan November (tak salah aku la :p)

DISEMBER 2011

Aku dah pun selamat menjadi tunangan orang pada 24 Disember 2011..tunang aku orang kampung aku jugak..ALHAMDULILLAH selamat jugak :)

JANUARI 2012

Tak sempat rasanya aku nak ucapkan 'SELAMAT TAHUN BARU 2012' wat korang yang mengikuti blog aku nie..hahaha...ada ke masalahnya??kikiki :)

Sekarang dah nak penghujung bulan Januari dah..diam tak diam..huhuhu..

Tunggu la kalau ada next entry tau :)